Thursday, November 24, 2011

Rezeki sebagai blogger kraft




Assalammualaikum ...rakan2 dan pembaca blog semua.Selamat bercuti sekolah kepada anak2 semua diluar sana ..tak kurang juga kepada para2 ibu turut menumpang cuti anak2...tak gitu...semoga cuti panjang ini dimanfaatkan sepenuhnya.Saya cuma nak share ..saya telah dijemput menjadi panel pembangunan bersama pihak kolej komuniti untuk JEMPUTAN MESYUARAT VALIDASI KURIKULUM MODULAR KEBANGSAAN .Tujuan Validasi ini adalah untuk mendapat maklumbalas daripada syarikat/ industri mahupun badan-badan yang berkepentingan di dalam bidang ini dengan memberi input-input bagi tujuan penambahbaikan.Panel terdiri dari saya dan 2 orang lagi iaitu puan Rosita Jaafar dan Puan Azizah.Dengan kepakaran masing2, idea2 dicurahkan yang berkaitan dengan HIASAN PAKAIAN termasuk manik, labuci,sulaman benang,sulaman reben,kerawang dan lain2 yang berkaitan.

Bidang: SMK HIASAN PAKAIAN
Tarikh: 22 NOVEMBER 2011(SELASA)
Masa : 9.00 am -11.00 am
Tempat: Seri Cempaka Service Suites
Menara PGRM, 8 Jalan Pudu Ulu,
Taman Pertama, 56100 Cheras,

Apa yang bestnya,dapat memberi idea dan pandangan,menambah pengalaman dan juga menambah kenalan...semoga apa yang kami sharekan dapat diguna pakai oleh generasi seterusnya.

No comments:

Post a Comment