Monday, December 12, 2011

stok kain felt dah beli


tengok macam2 colour adakan ....rasa macam2 nak buat dengan kain ni..harap2 ada kesempatan untuk berkraf disamping bekerja dan mengulit baby yang baru 4 bulan ni...


Thursday, November 24, 2011

Rezeki sebagai blogger kraft




Assalammualaikum ...rakan2 dan pembaca blog semua.Selamat bercuti sekolah kepada anak2 semua diluar sana ..tak kurang juga kepada para2 ibu turut menumpang cuti anak2...tak gitu...semoga cuti panjang ini dimanfaatkan sepenuhnya.Saya cuma nak share ..saya telah dijemput menjadi panel pembangunan bersama pihak kolej komuniti untuk JEMPUTAN MESYUARAT VALIDASI KURIKULUM MODULAR KEBANGSAAN .Tujuan Validasi ini adalah untuk mendapat maklumbalas daripada syarikat/ industri mahupun badan-badan yang berkepentingan di dalam bidang ini dengan memberi input-input bagi tujuan penambahbaikan.Panel terdiri dari saya dan 2 orang lagi iaitu puan Rosita Jaafar dan Puan Azizah.Dengan kepakaran masing2, idea2 dicurahkan yang berkaitan dengan HIASAN PAKAIAN termasuk manik, labuci,sulaman benang,sulaman reben,kerawang dan lain2 yang berkaitan.

Bidang: SMK HIASAN PAKAIAN
Tarikh: 22 NOVEMBER 2011(SELASA)
Masa : 9.00 am -11.00 am
Tempat: Seri Cempaka Service Suites
Menara PGRM, 8 Jalan Pudu Ulu,
Taman Pertama, 56100 Cheras,

Apa yang bestnya,dapat memberi idea dan pandangan,menambah pengalaman dan juga menambah kenalan...semoga apa yang kami sharekan dapat diguna pakai oleh generasi seterusnya.

terkurung lama




Akibat terlalu lama dikurung,seekor burung dengan perasaan marah tahap maksima telah berjaya keluar dari sangkarnya untuk mencari kehidupannya yang sebenar.aku perlukan kebebasan....itulah angry bird.

Wednesday, October 12, 2011

Monday, October 3, 2011

kurung bermanikkan buah berry



Ini satu lagi kerja menjahit manik untuk kawan yang tiap2 tahun tempah dengan saya...even saya cuti berpantang pun dia minta jahitkan manik untuk baju rayanya...beginilah hasilnya...

kopiah bernama



kopiah ni ditempah oleh member sekolah lama yang jumpa semula dalam Face book...dia minta belikan kopiah dan krafkan nama anaknya iaitu..ABDEL QAYYUM..sedap namanya...masa saya duduk wad hari tu sempatlah saya berkraf diPPUKM...maklumlah duduk 34 hari sebelum bersalin sebab masalah..plasenta...so terhasillah kopiah ni...

RANIA ZARA




Sebenarnya saya suka sangat tengok queen RANIA... rasanya isteri raja jordan...cantik orangnya...namaya pun menarik.Pernah juga berangan2 kalau dapat anak perempuan nak dinamakan dengan nama tersebut....SYUKUR ALLAH telah memakbulkan angan2 tu..maka lahirlah RANIA ZARA..saya rasa namanya manis....ZARA tu pulak saya suka tengok menantu sultan perak...ZARA SALIM...comel orangnya...so bila saya matching2kan nama tu, suami pula cari maksud nama tu dan berdasarkan tajul muluk...sifat2nya pun bagus...saya sukakan nama tu...semoga puteri saya ini juga memiliki sifat dan tingkahlaku yang cantik....itulah harapan seorang ibu....

bersiaran semula




RANIA ZARA


hello...hai2...assallammualaikum...wahai sahabt2 kraf semua dan blogger2 semua.lama saya tak bersiaran diarena blog ini.untuk pengetahuan semua saya bersenyap suny idan sepi ni kerana saya mengandungkan anak ke 4....dan alhamdulilah saya telah pun bersalin pada 26/7/11 dan mendapat baby girl.Now...baby dah berusia 2 months.Usai sudah semua ni saya akan berkraf semula walaupun suka2 je...Now i introduce my new baby.....

Tuesday, March 8, 2011

coklat buatan tangan sebagai hantaran,doorgift,majlis harijadi dan lain-lain


ini coklat lollypop yang belum siap sepenuhnya...




yang ini pula coklat berbagai bentuk, rasa dan rupa..

macammana cun tak coklat diatas ni...rasanya sedap dan rupanya menarik...hidang depan anak-anak sekejap je licin...sesuai untuk doorgift apa2 majlis seperti birthday party,wedding dan untuk hantaran...harga berpatutan ..if interested bolehlah kontek saya..harga berpatutan... 019 6000264..

pening-pening

apa khabar kengkawan blog?...harap semua lancar berblog...maaf sebab lama rasanya saya tak menulis apa2 di blog bukan apa buat masa ni...saya mendapat rezeki menambah keluarga..insyaallah anak yang ke 4.Diawal mengandung ni...saya tak ada mood saya untuk berkraf dan menulis...rasa penat tambahan pula hari2 saya mengalami sakit kepala hinggalah sekarang dah masuk 3 bulan 3 minggu usia baby dalam kandungan ni....masih lagi pening2..bila saya pergi doctor , doctor said that i have low blood presure...patutlah macam ni...so kepada kengkawan semua.. kalau ada apa2 tips yang boleh membantu masalah saya ni ...bolehlah berkongsi bersama saya...buat masa ni doctor ada bekalkan vitamin2 yang sesuai untuk saya..pening..penig..pening..

tak terlambat juga rasanya untuk saya mengucapkan SELAMAT HARI WANITA kepada semua kaum hawa di luar sana.Bangga juga rasanya bergelar wanita sebab macam2 pengorbanan yang telah kita lakukan kepada keluarga, agama dan bangsa..itulah jatidiri wanita...

Monday, January 10, 2011

recycle kain lama

Assalammualaikum...geng2 kraf lama gak tak mengupdate blogg sebab kebusian dengan anak2 "back to school" of courselah all parents sama macam saya.dalam pada tu...berkesempatan sikit recycle seluar panjang lama yang masih elok untuk buat cover bekas air anak untuk ke sekolah...so inilahh hasilnye...hias je dengan apa2 eksesori yang ada...