Saturday, October 3, 2009

sulaman reben balang kuih untuk hamper


1. bunga tulip (gambar deretan atas)
2. bunga dahlia (gambar deretan bawah)

Dalam kesuntukan masa di ramadan yang mulia menjahit baju untuk suami, 2 puteri dan seorang putera, menyulam manik yang ditempah oleh rakan taulan, menjahit manik kat baju kawan2 sempat juga saya menyiapkan tempahan menjahit bunga reben untuk 24 botol balang kuih raya.3 balang untuk satu bakul hamper so dapatlah saya ilhamkan sebanyak 8 pattern dalam tempoh 6 hari....ini gara2 kakak saya berminat dengan contoh balang kuih yang saya buat sebelum ni...dia diminta oleh persatuannya untuk menguruskan hamper untuk VIP...dan inilah hasil2nya...bolehlah kawan2 cuci mata dari idea2 seni saya ni...jari2 ku sakit semua kerna bekerja hari2...tapi aku puas setelah berhempas pulas....sory terlupa nk ambik gambar hamper yg dah siap...takpe...imaginkan 3 balang kuih berada didlm bakul bulat bertangkai yg dihias menarik....bolehkan...?

3. sekuntum ros pink mekar ( gambar atasderetan )

4. sekuntum ros kuning (gambar deretan bawah)


5. 3 kuntuk rose comel pink (gambar deretan atas)

6. sekuntuk rose putih (gambar deretan bawah)

7. sekuntum rose disamping beberapa kuntum putik ros

(gambar deretan atas).

8. matahariku (gambar deretan bawah).

kepada berminat bolahlah contact saya..atau emailkan seperti alamat diatas...1 balang kuih siap bunga reben rm 15..guna botol kaca,reben,renda cantik ...boleh juga guna balang plastik...ikut permintaan...

sulaman reben balang kuih untuk hamper



















Bengkel dengan Sifu Aishah

rasanya kenal tak sapa ni....dulu slim...walaupun fizikalnyadah berubah suara tetap sama gemersik...sapa lagi ...penyanyi Aiasyah le...tapi kini dia telah menjadi sifuku...bukan dalam seni suara tapi seni kreatif....11 ogos, 12 ogos 2009 aku diminta menghadirkan diri menggantikan kakakku selama 2 hari..untuk kelas seni kreatif dibawah anjuran kementerian pembangunan wanita....tak rugi aku pegi 2 hari tu cukup bermakna banyak seni kreatif yg aku pelajari...seperti gambar2 yg aku pamerkan di bawah ni...antaranya belajar buat gelang ,rantai dan subang dari manik...dan kristal,buat bunga telur, hias bekas pot pouri,sedikit teknik sulaman reben utk sarung kusyen...buat bakul 4 segi dari suratkhabar,pastu buat pelbagai dari bahan teerbuang....dari botol mineral...cukup menarik...best tau...boleh menjana pendapatan ...dapat sijil, dapat tambah kawan2 dan dapt berniaga kecil2 kat situ...dari sini aku telah mendapat "student"...aku ajar kelas bunga reben pulak...kat diaorg...mcm tu le ceritanya...
ni aku, kawan dan cikgu yang mengajar ...pembantu cikgu aisyah...
sifu aisyah tengah mengajar cara buat bunga telur.
dia tengah menerangkan seni dari botol mineral..
bakul dari surathkabar
seni dari kertas pembalut hadiah
masa ni kelas dah nak berakhir....
sambil ngajar sambil nyanyi...hehe
sulaman reben sarung kusyen
gambar pembantu sifu


motivasi dari penganjur....