Tuesday, October 2, 2012

Gambar2 semasa

wajah emak yang semakin tua
rania and cousin merangkap kakaknya...ayong sweet
my comel...rania now setahun 2 bulan
my boy...adam
rania,sister and sepupu  Danial...at upin ipin show...KENANGA

Tuesday, July 10, 2012

sulaman manik di lengan baju
Assalammualaikum...semua rakan2 blogger...tersangatlamanya tak menulis dan mencoret di arena ini...sangat sibuk dengan aktiviti harian...asyik tertangguh je nak update entry...seperti biaslah dengan urusan kerja, urusan rumahtangga...menyiapkan tempahan baju kurung kawan2 maklumlah ramadan nak menjelma dan menyusul syawal kemudiannya...tak ketinggalan menyiapkan jahit manik dan buat kraf kain felt yang tertangguh....itulah kisahnya...

Thursday, February 2, 2012

cekak rambut felt untuk baby girl



Untuk sicomel ni cekaknya saya ideakan dari bahan kain felt, butang dan guna cekak kain...
cekak comel dari satin berbunga-bunga

bekas pensil (pencil box )dari felt





Untuk cik farah harap happy dengan kraf felt untie ni....saiz ni boleh muat untuk kalkulator...almaklumlah sekolah menengah dah gunakan alat tu...dalamnya pun disisipkan lapik agar lebih mantap...

Monday, December 12, 2011

stok kain felt dah beli


tengok macam2 colour adakan ....rasa macam2 nak buat dengan kain ni..harap2 ada kesempatan untuk berkraf disamping bekerja dan mengulit baby yang baru 4 bulan ni...


Thursday, November 24, 2011

Rezeki sebagai blogger kraft




Assalammualaikum ...rakan2 dan pembaca blog semua.Selamat bercuti sekolah kepada anak2 semua diluar sana ..tak kurang juga kepada para2 ibu turut menumpang cuti anak2...tak gitu...semoga cuti panjang ini dimanfaatkan sepenuhnya.Saya cuma nak share ..saya telah dijemput menjadi panel pembangunan bersama pihak kolej komuniti untuk JEMPUTAN MESYUARAT VALIDASI KURIKULUM MODULAR KEBANGSAAN .Tujuan Validasi ini adalah untuk mendapat maklumbalas daripada syarikat/ industri mahupun badan-badan yang berkepentingan di dalam bidang ini dengan memberi input-input bagi tujuan penambahbaikan.Panel terdiri dari saya dan 2 orang lagi iaitu puan Rosita Jaafar dan Puan Azizah.Dengan kepakaran masing2, idea2 dicurahkan yang berkaitan dengan HIASAN PAKAIAN termasuk manik, labuci,sulaman benang,sulaman reben,kerawang dan lain2 yang berkaitan.

Bidang: SMK HIASAN PAKAIAN
Tarikh: 22 NOVEMBER 2011(SELASA)
Masa : 9.00 am -11.00 am
Tempat: Seri Cempaka Service Suites
Menara PGRM, 8 Jalan Pudu Ulu,
Taman Pertama, 56100 Cheras,

Apa yang bestnya,dapat memberi idea dan pandangan,menambah pengalaman dan juga menambah kenalan...semoga apa yang kami sharekan dapat diguna pakai oleh generasi seterusnya.

terkurung lama




Akibat terlalu lama dikurung,seekor burung dengan perasaan marah tahap maksima telah berjaya keluar dari sangkarnya untuk mencari kehidupannya yang sebenar.aku perlukan kebebasan....itulah angry bird.