Saturday, October 3, 2009

sulaman reben balang kuih untuk hamper


1. bunga tulip (gambar deretan atas)
2. bunga dahlia (gambar deretan bawah)

Dalam kesuntukan masa di ramadan yang mulia menjahit baju untuk suami, 2 puteri dan seorang putera, menyulam manik yang ditempah oleh rakan taulan, menjahit manik kat baju kawan2 sempat juga saya menyiapkan tempahan menjahit bunga reben untuk 24 botol balang kuih raya.3 balang untuk satu bakul hamper so dapatlah saya ilhamkan sebanyak 8 pattern dalam tempoh 6 hari....ini gara2 kakak saya berminat dengan contoh balang kuih yang saya buat sebelum ni...dia diminta oleh persatuannya untuk menguruskan hamper untuk VIP...dan inilah hasil2nya...bolehlah kawan2 cuci mata dari idea2 seni saya ni...jari2 ku sakit semua kerna bekerja hari2...tapi aku puas setelah berhempas pulas....sory terlupa nk ambik gambar hamper yg dah siap...takpe...imaginkan 3 balang kuih berada didlm bakul bulat bertangkai yg dihias menarik....bolehkan...?

3. sekuntum ros pink mekar ( gambar atasderetan )

4. sekuntum ros kuning (gambar deretan bawah)


5. 3 kuntuk rose comel pink (gambar deretan atas)

6. sekuntuk rose putih (gambar deretan bawah)

7. sekuntum rose disamping beberapa kuntum putik ros

(gambar deretan atas).

8. matahariku (gambar deretan bawah).

kepada berminat bolahlah contact saya..atau emailkan seperti alamat diatas...1 balang kuih siap bunga reben rm 15..guna botol kaca,reben,renda cantik ...boleh juga guna balang plastik...ikut permintaan...

No comments:

Post a Comment

Post a Comment